JUAL
BELI
Pengertian: Menukar harta
dengan harta mengikut cara tertentu.
Hukum:Harus
Dalil:واحل الله البيع وحرم الربوا
Rukun dan syarat jual beli:
-Penjual dan Pembeli,
· Mukallaf(berakal dan baligh)
· Bukan golongan yang ditahan hartanya
· Bukan dipaksa
· Merdeka
· Beragama islam(sekiranya senjata,Alquran,dll)
-Barang jualan,
· Bersih dari segi syarak
· Berfaedah
· Hak milik penjual atau wakil penjual
· Dapat diserahkan
· Penjual dan pembeli tahu tentang jenis,kadar
dan sifat barang jualan itu.
-Harga
· Bersih
· Berfaedah pada syarak
· Kepunyaan pembeli
· Mampu diserahkan kepada penjual
· Penjual dan pembeli tahu tentang mata wang yang
digunakan,tentang sifat dan kadarnya.
-Sighah
· Imam Hanafi, Ijab(mensabitkan perbuatan khas
yang menunjukkan kerelaan perkara yang berlaku pada permulaan dari salah
seorang daripada dua belah pihak sama ada dari pihak penjual atau
pembeli.Qabul(yang disebut yang kedua).
· Jumhur Ulama,Ijab(ucapan penjual).Qabul(ucapan
pembeli.
Hikmat diharuskan jual beli.
· Memudahkan manusia memiliki harta secara halal.
· Mengajar manusia supaya hidup bersatu padu.
· Manusia dapat tolong-menolong sesama mereka.
Jenis jual beli:
-Jual beli yang sah tetapi haram.
Membeli barang
yang sudah dibeli orang lajn.
· Menyekat pedagang-pedagang yang datang dari
desa di pertengahan jalan.
· Membeli barang keperluan ramai untuk disimpan.
· Menjual sesuatu barangan utk keperluan maksiat.
· Jual beli mengatasi jualan orang lain
-Jual beli yang tidak sah dan diharamkan.
· Menjual air benih binatang ternakan.
· Menjual anak binatang yang masih dalam
kandungan ibunya.
· Jualan bersyarat
No comments:
Post a Comment