SYARIKAT
Pengertian:Menetapkan hak pada sesuatu bagi 2 orang @
lebih dengan cara berkongsi.
Hukum:Harus
Dalil:فهم شركآء في
الثلث
Hikmat syarikat:
-Dapat membesarkan modal perniagaan.
-Mewujudkan kerjasama dan perpaduan.
-Mengeratkan hububgan sesama manusia.
Jenis-jenis syarikat:
-Syarikat Inan
· Pengertian: Perkongsian modal antara dua pihak
atau lebih untuk menjalankan sesuatu perniagaan dan pembahagian keuntungan dsn
kerugian berasaskan kepada nisbah sumbangan modal masing-masing.
· Hukum: Hari menurut jumhur ulama.
-Syarikat Abdan
· Pengertian:Teridiri daripada 2 orang atau lebih
berkongsi tenaga dan usaha untuk membuat sesuatu pekerjaan dan hasilnya
dibahagi sama rata.
· Hukum:
-Mazhab Syafie:
Batal
-Imam Hanafi dan
Imam Malik: Sah
-Imam Ahmad:Sah
jika mengikut syarak dalam akad
-Jumhur ulama:
Harus sbb kemaslahatan manusia
-Syarikat Mufawadah
· Pengertian:Perkongsian dua atau lebih untuk
menjalankan kerja dan setiap pihak hendaklah menyumbang modal dan kerja yang
sama banyak dan untung dibahagi sama rata.
· Hukum:
-Syafie,Hanbali
dan Zahiri: Tidak sah
-Imam Malik dan
Imam Hanafi: Sah selagi menepati syarak
-Syarikat wujuh,
· Pengertian: Perkongsian antara dua atau lebih
pihak dan satu pihak mendapatkan modal secara hutang,kemudian untung dibahagi
sama rata.
· Hukum:
-Imam Malik
& Imam Syafie:Tidak harus/batal
-Imam Hanafi dan Ahmad: sah
-Syarikat Mudarabah,
· Pengertian: Perkongsian modal daripada satu
pihak,dan pihak yang lain menjalankan sesuatu perniagaan dan untung berasaskan
persetujuan semasa akad.
· Hukum:Asalnya harus,ttpi sunat jika berhubung
dengan niat.
· Rukun dan Syarat Syarikat:
-Ahli syarikat
-Modal
-Pekerjaan
-Sighah
Syarat-syarat bersyarikat
1.Syarat am pada syarikat uqud
(Inan,Abdan,Mufawadah,Wujuh)
· Pengurusan syarikat boleh menerima wakil
· Keuntungan ditentukan kadarnya dari bahagian
yang ditetapkan
· Keuntungan itu adalah dari sebahagian syarikat
yang tidak dinyatakan keuntungannya
2.Syarat-syarat khas bagi syarikat harta benda
· Modal hendaklah secara tunai.Jumhur ulama
berpendapat tidak harus jika hutang atau ghaib.
3.Syarikat khusus bagi syarikat mufawadah
· Setiap ahli syarikat hendaklah mempunyai
keahlian
-seorang yang
merdeka
-seorang yang
baligh
-seoarang yang
bakal
-seoarang yang
cerdik
· Modal hendaklah sama banyak nilai dan harga.
· Setiap barang yang boleh dijadikan modal,boleh
dimasukkan ke dalam syarikat
· Keuntungan dibahagi sama rata
· Semua memainkan peranan dalam perniagaan
· Akad hendaklah dilafazkan dengan akad mufawadah
atau yang sama maksud dengannya.
4.Syarikat-syarikat wujuh.
· Apabila wujud mufawadah mesti ada penjamin dan
keuntungan dibahagi sama rata
· Apabila syarikat itu syarikat Inan
5.Syarikat inan.
· Keahlian,(berakal,baligh,merdeka,pilihan
sendiri,dikendalikan oleh ahli syarikat
· Syarat modal,
1.Jenis wang
yang boleh disukat
2.Dikeluarkan
oleh ahli syarikat dari jenis yang sama seperti wang sama wang.
3.Modal dari
barangan yang boleh dicampur.
4.Modal dan
kerja boleh yang lain-lain.
5.Keuntungan dan
kerugian ditanggung bersama.
· Syarat kerja syarikat,
1.Jika ahli
membuat kerja yang mendatangkan kerugian,dia mesti membayar ganti rugi.
2.Lafaz syarikat
hendaklah mengandungi erti izin untuk menguruskan syarikat tersebut.
Perkara yang membatalkan syarikat
·
Berlaku faskh(tarik balik)
·
Berlaku kematian ahli syarikat
·
Ahli syrikat murtad dan pergi ke negara harbi
·
Ahli syarikat gila
·
Berlaku kerosakan pada modal
·
Tidak yakin sama banyak modal di kalangan ahli.
No comments:
Post a Comment