Followers

Saturday, September 15, 2018

wasiat


WASIAT
Pengertian:Pemberian harta seseorang yang berkuatkuasa selepas kematian.
Hukum:Sunat sekiranya tidak melebihi 1/3 daripada hartanya
Dalil:من بعد وصية يوضى بها او دين


Hukum(berubah mengikut keadaan):
·       Wajib,belum menunaikan hak-hak wajib terhadap dirinya.Contoh hutang dan zakat.
·       Sunat,pemberian harta kepada kaum kerabat
·       Makruh,Wasiat kepada orang-orang fasik
·       Haram,untuk maksiat seperti gereja
·       Harus,wasiat kepada orang kaya
Rukun dan syarat:
1.     Pewasiat,(Ahli tabaruk,Redha lagi pilihan sendiri)
2.     Penerima wasiat,(Ada semasa wasiat,Maklum, Berhak,Bukan pembunuh,Islam,bkn badan maksiat.
3.     Harta yang diwasiatkan,(Harta yang boleh dipusaka ,bernilai di sisi syarak,barang yang layak dimiliki, Harta si pewasiat,bukan barang haram pada syarak
4.     Lafaz wasiat
Hikmat wasiat:
·       Mengeratkan silaturrahim dengan penerima wasiat
·       Dapat pahal berterusan sampai mati.
·       Harta dapat digunakan untuk tujuan kebajikan.
·       Membentuk masyarakat yang lebih makmur.
Jenis-jenis wasiat:
·       Wasiat mutlak,tiada syarat tertentu
·       Wasiat bersyarat,Mempunyai syarat tertentu
·       Wasiat am,kepada penduduk kampung yang islam
·       Wasiat Khas,Untuk golongan yang tertentu
Pembatalan wasiat:
1.     Dari pihak al-musi,
-Tarik balik wasiat
-Hilang kemampuan
-Murtad
-Taklid wasiat tidak berlaku
-Wasiat barang yang bukan miliknya
-Pewasiat gila/muflis
2.     Dari pihak al musalah
-Enggan menerima selepas kematian al musi
-Mati lebih dulu daripada al musi
-membunuh al musi
3.     Rosak al musabih
4.     Wasiat kepada waris berdasarkan kehendak hadis. (لا وصية لواريث)
5.     Wasiat melebihi 1/3 tanpa keizinan waris.
6.     Wasiat yang tidak mencukupi rukun dan syarat.



hibah


HIBAH
Pengrtian:Suatu pemberian kepada seseorang tanpa mengharapkan balasan.
Hukum:Sunat dan digalakkan dalam islam.
Dalil:وءاتوا النساء صدقتهن نحلة  فان طبن لكم عن شيء منه نفسا فكلوه هنيا مريا
Rukun dan syarat:
·       Pemberi hibah(Al-Wahib),Berkeahlian seperti berakal dan rushd(matang dan berkemampuan menguruskan harta).
·       Penerima hibah(Al-Mawhub lahu),mempunyai kepuayaan memiliki harta.
·       Barang yabg dihibahkan(Al-Mawhub),(halal, mempunyai nilai di sisi syarak,barang milik pemberi hibah,boleh diserah milikkan,wujud semasa dihibahkan,Tidak berkongsi tetapi boleh jika menurut Mazhab Syafie,Maliki dan Hanbali.
·       Sighah,ada persambungan dan persamaan antara ijab dan qabul,tiada syarat tertentu,tiada tempoh syarat tertentu.
Jenis hibah:
1.     Al-‘Umra
Pengertian:Pemberian masa tempoh hidup penerima/pemberi hibah dengan syarat harta tersebut dikembalikan setelah kematian penerima hibah.
Contoh:”tanah ini aku berikan kepada kamu semasa kamu hidup dsn jika kamu mati maka harta itu kembali kepada aku jika aku hidup dan waris aku jika aku mati.
2.     Al-Ruqba
Pengertian:Pemberian dengan syarat kematian salah satu pihak sebagai syarat kepada salah satu pihak yang hidup.
Contoh:”tanah ini aku berikan kepada kamu sebagai ruqba dan jika kamu mati dulu maka harta itu kembali kepada aku dan jika aku mati dulu maka harta itu untuk kamu.




wadiah


WADIAH
Pengertian:Memeberi amanah untuk menjaga harta tertentu dengan cara tertentu.
Hukum:Sunat.
Dalil:ان الله يامركم ان تؤدوا الامنت الي اهلها
Hukum:
·       Sunat,Orang yang percaya pada dirinya sendiri dan sanggup menjaga barang tersebut.
·       Wajib,Tiada orang lain yang lebih layak dan amanah menjaganya kecuali beliau
·       Haram,Seseorang yang yakin tidak boleh menjaga barang tersebut.
·       Makruh,Seseorang yang kurang yakin.
Rukun dan syarat:
·       Penyimpanan dan penerima simpanan,(sempurna akal,baligh,Cerdik).
·       Barang yang disimpan,(barang yang boleh dipegang oleh tangan).
·       Lafaz ijab dan qabul.
Himat Wadiah:
·       Dapat menjaga harta seseorang daripada bahaya.
·       Dapat menenangkan jiwa tuan punya barang.
·       Mengalakkan umat islam dalam tolong menolong.
·       Mendidik manusia agar sentiasa amanah
·       Dapat menjamin keselamatan harta
Pembatalan Wadiah:
1.     Kematian penyimpan
2.     Gila
3.     Pitam
4.     Penyimpan menarik diri
5.     Tuan punya barang meminta semula wadiah itu
6.     Barang itu dijual,disewa atau diwakaf.